Dalam pasaran sekarang, prospek dah ada banyak pilihan. Sehinggakan prospek sendiri merasa susah nak buat pilihan yang terbaik untuk mereka.

Disebabkan pilihan yang terlampau banyak, prospek pening nak pilih, prospek confuse, prospek serba salah, prospek menjadi takut untuk membuat pilihan atau prospek membuat keputusan untuk tunggu dan lihat.

Isu macam ni timbul apabila terdapat banyak faktor yang mempengaruhi mereka membuat keputusan.

  1. Prospek kurang percaya kepada penjual
  2. Prospek tak kenal penjual
  3. Prospek nak tengok testimoni
  4. Prospek tak ada duit yang cukup
  5. Prospek nak lebih banyak kelebihan
  6. Prospek kurang jelas tentang produk
  7. Prospek ada banyak soalan tak terjawab

Dan macam-macam lagi yang bermain dalam fikiran prospek yang menyebabkan mereka susah gila nak buat keputusan membeli.

Untuk setelkan isu macam ni, ianya adalah menjadi tanggungjawab si penjual untuk lenyapkan keraguan si prospek.

Ada pelbagai cara untuk lenyapkan keraguan. Cara yang paling hebat sekali untuk peniaga online adalah dengan tonjolkan KREDIBILITI sebagai seorang salesmen yang sekali pandang mudah untuk dipercayai.

Asasnya adalah seperti di bawah:

  • gunakan gambar diri sendiri yang sebenar
  • tunjukkan alamat kediaman atau pusat operasi perniagaan
  • bina laman web yang professional
  • berikan banyak cara untuk dihubungi oleh prospek
  • reply pertanyaan prospek dengan pantas
  • live di facebook melalui live video
  • sentiasa melayan kerenah prospek
  • tidak mudah melenting dengan kerenah prospek
  • tidak bertangguh untuk uruskan pembelian si prospek
  • memberi penerangan dengan jelas tentang produk kepada prospek agar mereka mudah memilih anda

Dan terdapat pelbagai cara lagi.

Pokoknya kat sini adalah untuk membina hubungan yang baik dengan prospek agar mereka bertukar menjadi pembeli.

Setakat ini dahulu. Entri ini digarap secara spontan supaya blog ini tidak mati. Terima kasih kerana sudi membaca.