Perlumbaan si tikus. Orang putih sebut “a rat race”. Kat ceruk mana sekalipun, culture ni memang wujud dan tak kan hilang ditelan awan. Sebabnya mudah, manusia sekarang berkejaran untuk mencapai kejayaan. Ada yang menang perlumbaan guna cara baik dan ada juga yang guna cara licik.

Kalau kat sekolah, anak murid berlumba untuk mendapat no. 1. Mereka berlumba untuk dapat no. 1 mungkin kerana disogok oleh ibu bapa. Mungkin kerana tercabar dengan cabaran guru. Mungkin kerana cemburu melihat rakannya yang berjaya.

Kalau kat tempat kerja, pekerja berlumba untuk menambat hati bos supaya beroleh kenaikan pangkat dan gaji yang lebih lumayan. Kenapa tambat hati bos? Kenapa tak tingkatkan produktiviti kerja agar dipandang tinggi oleh bos? Dah jadi lumrah, penjilat bos lebih mudah mendapat keistimewaan berbanding mereka yang tak menjilat.

Kalau berniaga pula, ahli perniagaan berlumba-lumba nak hasilkan jualan yang banyak agar keuntungan melimpah ruah supaya dapat menampung kehidupan 7 keturunan. Geng-geng usahawan yang baru melangkah ke dalam dunia ini pula, disebabkan rambang mata meilhat rakannya yang berjaya dalam perniagaan, turut terjun ke dalam bidang ini, tetapi hari ini bermula minggu depan bajet boleh jadi jutawan sekelip mata.

Fuhhhh…

Perlumbaan si tikus ada pro dan kontranya. Ada baik ada buruknya. Hal ini bergantung 100% kepada diri anda sendiri yang mengemudi empayar kehidupan. Jika anda pilih kiri, maka hasilnya terdapat di sebelah kiri. Jika anda belok kanan, maka menggunung hasil di sebelah kanan menanti.

Anda bagaimana?