Dah masuk bulan Mei, tetapi saya masih lagi berfikir. Fikir dan fikir dan fikir dan fikir…

Malah, blog Shaiful dot com ini pun saya belum putuskan nak tulis pasal apa. Topik apa. Niche apa.

Sekejap nak tulis pasal kerjaya, sekejap nak tulis pasal buat duit. Sekejap nak tulis pasal rojak. Sekejap nak tulis pasal keluarga.

Haish…

Disebabkan saya tak tahu nak tulis apa, daripada dibiarkan domain dan hosting yang disewa tahunan ini terbazir macam tu je, molek lah saya tulis apa sahaja yang saya nak tulis.

Nanti, hati dah tetapkan barulah penulisan dalam blog ini akan berfokus kepada satu topik satu niche je.

Berbalik kepada masih berfikir yang awal tadi. Sebenarnya, saya masih berfikir nak bisnes apa selepas sekian lama tak berbisnes.

Servis?

Jual produk sendiri?

Affiliate?

Ecommerce?

Dropship?

Blogging?

Talk?

Ahhh!

Semua pun saya buat sekarang ni. Lantak lah. Buat je semua dulu. Nanti bila ada satu model bisnes yang terpaut kat hati ni, barulah saya fokus kat bisnes tu.

Boleh tak macam tu?

Ikut engkau lah labu.

Dan saya masih terus berfikir untuk memilih…